Jemput Ke Blog Method of Dakwah

February 29th, 2008 by globalization

Assalamualaikum wbt…

Kepada semua pengunjung cyber maya, di sini dimaklumkan bahawa ana tidak lagi menulis di blog friendster tetapi ana akan sentiasa menulis di dlm blog ana sendiri. Harap maklum, oleh itu blog friendster ana tidak akan aktif seperti dahulu kala.

Jadi, sesiapa yang kelapangan masa dan sudi, silalah ke blog ana untuk menjenguk tulisan-tulisan ana terkini atau ingin mengambil info yang terdapat di sana. Juga terdapat laman sembang-sembang untuk tatapan masing-masing…Insya Allah.

Ini alamat url blog ana http://www.iman-taqwa.blogspot.com. Sudi-sudikanlah diri untuk menjenguk ya…Hehe.

Wassalam.

:: Ma’a Taufiq Wan Najah Fil Imtihan::

February 29th, 2008 by globalization

Assalamualaikum wbt…


Semoga kejayaan di tangan ana dan sahabat-sahabat yang lain Insya Allah. Doakan kami berjaya di dalam peperiksaan bertarikh 3 Mac 2008 bersamaan dengan 25 Safar 1429H dan 5 Mac 2008 bersamaan dengan 27 Safar 1429H.

Kami
memohon agar dipermudahkan dalam peperiksaan dan mudah-mudahan lulus
dengan kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, ana memohon dihalalkan segala
perbuatan ana baik dari segi perbuatan ana sama ada perlakuan ana ada
yang tersinggung, perkataan sama ada dari tutur kata ana ini ada yang
terguris di hati dan juga dari kekhilafan pada diri ana ini yang sangat
dhaif.

Sports Carnival Kolej Teknologi YPC-iTWEB 2007

September 9th, 2007 by globalization

Sports Carnival Kolej Teknologi YPC-iTWEB 2007

Pada hari ahad, 9.9.2007 program hari sukan diadakan dan ianya bermula seawal 9 pagi. Aku keluar rumah dalam kira-kira 8.20 pagi tetapi aku tidak ke kolej dulu sebab aku tak makan lagi jadi aku pergi singgah kat kedai makan dan aku makanlah roti canai dan teh tarik. Alhamdulillah, order aku sampai dalam masa 5 minit je, jadi aku terus makan untuk tidak melengahkan masa. Dalam pukul 8.45 aku terus ke kolej, alhamdulillah takde kesesakan lalulintas menyebabkan senang aku ‘merempit’ haha…

Alhamdulillah aku sampai dalam kira-kira 9 lebih..tugas aku pada waktu ni ialah buat air, jaga air, bancuh air dan semuanya mengenai air yang akan disediakan pada program hari sukan itu. Tapi bukan aku aje yg ditugaskan, kalau aku aje yg buat mampuslah! Dahlah student beratus tapi yg buat sorang, mestilah aku dgn kawan2 dari persatuan Kelab Gabungan Pelajar2 Islam. Time aku sampai tu, aku cari member rapat aku..dah jumpa pastu pergi cari lecturer yg suruh team aku buat air…hehe bila dia nampak aku dia perli aku…haha mana taknya lambat tapi lambat sikit je…huhu, program yg bermula hanyalah futsal dan bola jaring itupun boleh start sebab nak kumpul team2 yg main…kalau ditakdirkan nak je aku main tapi apakan daya sebab hari tu mmg aku sibuk..dgn jaga airnya tak dan aku nak main plak tu pkl 12 ada kenduri sedara aku kt sg. Penchala sbb 16hb ni dia nak ke Mesir sambung belajar kt Universiti Al-Azhar ambil cos Syariah.

Lepas tu, geng2 aku sampai utk sama2 ready utk buat air. Tapi sebelum tu aku dan member aku ni namanya Riduan panggil Duan je ktrg isi air dulu kat dlm tong besar sebelum buat air…hehe…rupanya ktrg kena prepare air time tghari..adeh..ni yg lemah semangat ni psl aku xleh join time tu sbb kena ke sg penchala kenduri sedara aku. Tapi bdk2 ni ada sediakan roti dan air..so aku pun ambillah walaupun time tu baru je makan…haha. Kira bosan jugaklah time tu xde apa nak dibuat. Jadi, aku cari apa2 benda dlm beg aku kot2 ada benda nk dibaca…tgk2 xde langsung buku…adeh mmg bosanlah kalau camtu duduk xde buat apa2 tp alhamdulillah di ruangan kecil beg ada aku simpan Al-Quran kecil boleh aku baca…aku pun gi ambil whuduk dan pastu gi baca Al-Quran..aku baca surah Al-Baqarah..so tenang sikit jiwa…hehe

Dalam pkl 10.45 pg, aku ditugaskan oleh lecturer aku namanya Ms Roslaily, dia minta aku beli ais batu utk air yg ktrg kena sediakan ni. So, aku pergilah round2 satu Cheras cari kat mana jual ais batu…memula aku jumpa medan selera pastu aku minta ais batu..dia kata kena order…adeh..lecehnya…takpe aku cari lagi tmpt…sampai kat tepi bulatan yg menghala ke Flat Sri Sabah ada laluan ke dlm…so aku masuk situ sbb mungkin ada kedai yg jual…ok aku cari kt tepi2 kedai kot2 ada jual…tetiba je aku kena langgar dgn kereta Waja…aduh sakitnya…teruk betul kereta tu, main keluar je dr tmpt parking x tgk langsung yg aku ada kt belakang dia…sedangkan aku time tu slow tgh cari kedai jual air batu boleh pulak dia senang hati keluar tanpa lihat cermin pandang belakang..akibatnya seluruh kaki kiriku sakit x berfungsi dgn baik..plat no blkg aku patah tepi alhamdulillah no platnya x hilang…huhu…inilah dia sikap x bertanggungjawab, bawa kereta melolong je..pastu bila aku dah kena langgar, dia pun cabut…sabar jelah inilah ujian Ilahi…jika kita sentiasa bersabar maka Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah…

Pastu aku jumpa kedai mamak tanya kt tokey dia katanya xde…adeh mcm putus harapan je…tp aku jumpa 1 pasaraya nampak mcm ada…Alhamdulillah ada ianya dlm bungkusan kecil…aku beli 8 bungkus…pastu aku fenin jap yelah mcmne aku nak letak kt raga motor sedangkan ada 8 bungkus air batu..tp alhamdulillah aku ada idea bijak last2 boleh…pastu aku terus ke kolej dan bg ais batu kt member2…dan aku ke rumah sbb nk ke kenduri tu with famliy aku…pastu ktrg naik kereta ke sg penchala…mmg penat gak aku time tu…huhu tp xpe..sedara punya psl snggp aku dtg! Tp kereta family aku bt hal plak..x silap aku dlm 4x kali dia mati kt highway (masa bukit tinggi) entahlah knp dgn kereta ni, kata kakak aku peakup dia lambat tp dia still control..dtg ayah aku hancus! Dia bawa mmg ganas sikit tu yg tersangkut tu…huhu tp alhamdulillah dpt sampai sg penchala dgn slmt..sampai sana org dah habis tahlil so mkn jelah…haha…jumpalah dgn sedara aku ni..hehe…ktrg borak2lah mcm kebiasaan, nanti nak ke Mesir mcmne, bla3…Alhamdulillah 16hb ni aku ikut dia teman kt KLIA sblm dia berangkat ke Mesir kiranya time puasalah…fuh, cabaran tu! Pastu aku n family balik before 2pm sbb aku kena balik ke kolej utk program tu…jd bila dah sampai ke rumah, aku gi mandi, solat pastu sapu minyak unta (mak aku beli kt Mekah) pastu baru gi kolej..

Aku pun bertolak kira2 dlm 2.45…aku dgn langkah berjaga2 bawa motor sbb hari ahad ni ntah knp semua org ‘gila’ semcm bawa kenderaan masing2 tahap speed tinggi! Terkejut aku sbb aku bawa 80km/j pun terasa spt hampir kena langgar..then dlm 3 lebih aku sampai semula kt sana…program berjalan dgn lancar…Alhamdulillah air yg bdk2 aku buat sedap2 belaka…hehe tp still x sampai taste aku…haha sbb aku bt lg sedap! Skg tugas ktrg bt air utk petang..so kena tunggu lagi..kwang3..tp time ni semua dah mkn so aku blhlah sentap lg iaitu nasi ayam..haha..td kenduri aku dh mkn lauk kampung..hehe..skg ni bdk2 lain tgh panggang BBQ..best betul aku terasa mcm nk join sekali mcm dulu pernah aku bt kt rmh Akhi Amin Inteam..huhu…dlm pkl 4 lebih ktrg prepare air utk 2nd time ya..then minta tlg kwn2 n ramai2 angkat tong air ke tmpt BBQ..fuh penat jugak hari tu..tp kali ni aku yg buat air tu dan mmg rasa ‘kow’ nyer..siap lecturer yg suruh team aku bt air namanya Ms Hidayati nk sgt rasa air yg aku bt n dia kata sedap! Time tu byk BBQ yg dah siap panggang; ayam, sosej dan fishball..

Sukan yg dipertandingkan ialah badminton,futsal,bola jaring,bowling,sukaneka dll…4.35pm lebih tu dah diberikan hadiah tp badminton n bowling main awal skit iaitu hari biasa atas sbb2 xde tmpt nk main waktu tu..kelab aku handle badminton mmg mencabarlah! Selesai sudah..aku n team aku masing2 jaga air…dlm masa yg sama ktrg kemaskan kantin yg digunakan pada awal hari…dlm 5.15pm aku py turn dulu ke surau..sbb ni gilir2 kalau x sapa nk jaga air…lepas tu dlm 5.35pm aku ke tmpt td tgk semua dah kemas yg tinggal BBQ yg x siap…aku plak mencelah utk panggang BBQ…hehe pro panggang ni jgn kaco! Lepas dah habis semua…ktrg pun sesi mengemas yg belum dikemaskan…aku sempat makan BBQ time tu…huhu, air yg aku bt dah habis, maksudnya mmg sedap sgtlah tu yg licin tu…hehe..lepas tu aku pun tlg yg lain dlm mengemas..dah siap semuanya…Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana semuanya selesai..

Akhirnya, aku pulang ke rumah dgn tenang sikit walau ada yg terluka di hati sbb kena langgar tghri td. Aku sampai rumah dlm 6.45pm x sempat tgk vc Ahlan Bina kt tv1..huhu xpelah tp hari tu mmg hari yg memenatkan bgku dan juga hari berharga…Alhamdulillah!

Kenapa kita gagal membina semula tamadun?

August 7th, 2007 by globalization

Kenapa kita gagal membina semula tamadun?

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

DALAM sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta diberikan penglihatan dalam beberapa minit. Ketika celik, dia hanya berpeluang melihat seekor keldai yang ada di hadapannya. Kemudian penglihatannya dibutakan kembali. Selepas itu apabila disifatkan sesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti keldai?” Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengan keldai?”

Cerita itu mungkin dongengan. Namun ia menggambarkan keadaan insan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan yang tertentu sahaja. Maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu atau terkait dengan apa yang pernah dilihat.

Sekali lagi saya ingin memperkatakan soal membina ketamadunan. Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi umat yang maju dan kembali membina tamadun kegemilangan.

Malangnya kekadang pihak yang dikempen atau mungkin yang berkempen tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan terus sahaja tergambar oleh mereka kemajuan atau tamadun yang sedang mereka saksi di zaman ini iaitu tamadun Barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka selain dari kehidupan Barat. Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran bangsa-bangsa yang menganut Islam hari ini.

Justeru, bagi mereka seakan jika kita ingin maju dan bertamadun, kita mesti memiliki apa yang dimiliki Barat, berbudaya ala Barat, bergaya ala Barat, berbahasa dengan bahasa Barat, berhiburan dengan hiburan Barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau hanyalah catatan sejarah yang boleh dibaca. Sama seperti cerita orang buta dan keldai. Dia hanya dapat membayangkan apa yang pernah dilihat.

Maka lebih tergambar di fikirannya keldai dibandingkan binatang lain yang hanya diceritakan kepadanya, sedangkan dia tidak pernah melihatnya.

Pendek kata, untuk menjadi maju pada hari ini, ramai umat Islam menyangka mereka kena ceduk apa yang ada di Barat. Untuk menceduk teknologi Barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan mudah untuk Barat mengajar kesemua ilmu tersebut, kerana itu tidak membuahkan keuntungan jangka panjang untuk mereka. Perkara yang paling pantas diceduk oleh masyarakat Islam ialah gaya hidup Barat.

Maka kita mengimport fesyen Barat dalam berpakaian dan berbudaya. Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat sahaja perkembangan hiburan. Segala format hiburan Barat dibawa dan didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yang melariskannya.

Hiburan-hiburan dalam media kita, bukan sahaja tidak kreatif terpaksa menceduk gaya Barat, bahkan nama program pun tidak mampu diubah. Maka anak-anak kita yang tercicir dalam banyak urusan kehidupan, berasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan secara Barat.

Itulah hakikat sebahagian artis kita. Maka yang berjaya diceduk dan dibawa dengan ‘ranggi’nya ke sini hanyalah nilai negatif. Sementara yang positif, kita masih meminta sedekah daripada Barat. Sama seperti orang Arab yang bangga dengan kereta mewah Barat tetapi negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sekalipun basikal. Bahkan setiap detik hasil minyak mereka dirompak oleh Barat.

Permasalahan kita – mungkin termasuk pihak yang diamanahkan untuk menguruskan kemajuan umat Islam – gagal memahami apakah asas atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yang kerananya umat Islam dahulu menjadi umat contoh dan pemimpin muka bumi ini.

Dalam banyak program televisyen yang ditaja oleh pihak tertentu, apabila cuba menggambarkan kemajuan maka disiarkan gambar orang memakai ‘lebai’ atau songkok atau jubah beraksi di hadapan komputer. Atau gambar tokoh agama bertali leher yang saiznya kecil sedikit daripada kain sejadah atau seumpamanya.

Padahal, bukan setiap yang menggunakan komputer otaknya bertamadun. Entah berapa ramai ustaz di televisyen yang beraksi berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya hanya menggambarkan kemunduran cara fikirnya. Bukan semua yang pakai tali leher, otaknya kelas pertama. Juga bukan semua yang menggunakan Internet menunjukkan dia menjadi insan yang bertamadun.

Itu semua hanyalah hasil yang dinikmati dari kemajuan dan keluasan ilmu. Bukan asas kepada ketamadunan insan menurut al-Quran dan al-sunah.

Tamadun Islam tertegak atas prinsip akidahnya dan cara fikir atau minda yang berdisiplin berdasar prinsip-prinsip syariat. Seorang tua yang berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat, menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh yang bertali leher kemas tetapi mengambil rasuah.

Pak cik yang berkain pelekat yang membuang sampah ke dalam tongnya, lebih bertamadun daripada yang memakai pakaian menawan tetapi mencampakkan puntung rokoknya di sana sini.

Lebih besar dari itu, menurut Islam, seorang yang kurang berharta tetapi memelihara akidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah lebih bertamadun dari yang berkereta mewah tapi bertangkal, atau berulang-alik ke rumah bomoh. Tamadun itu bermula dari akidah yang sejahtera dan cara fikir yang betul yang berteraskan roh al-Quran dan al-sunah.

Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yang betul maka hilanglah tamadun yang kita bina. Kita akan gagal membinanya semula selagi kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip- prinsip ketamadunan dalam Islam ini.

Sekalipun kita ada badan, pertubuhan, institut, jabatan yang dikaitkan dengan kemajuan Islam, nampak kita belum mampu maju. Sebabnya persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala gagal difahami oleh pelaksananya pun.

Sebenarnya, menghayati Islam yang tulen bererti menghayati tamadun keagungan. Namun pentafsiran Islam yang sempit dan pengamalnya yang bersifat konservatif telah menggagalkan usaha membawa kembali Islam yang asal lagi tulen. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-sunah dengan berteraskan tafsiran generasi awal (salaf) yang terbukti berjaya memimpin alam ini dahulunya.

Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati tamadun yang agung. Kemunduran umat ialah kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung ini. Atau salah dalam mentafsirkan kedua sumber tersebut.

Perlu diingat, kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-sunah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan ketamadunan dalam erti kata yang tidak difahami oleh Islam, tamadun Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya.

Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara roh dan kebendaaan. Menyeimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al- Sunah masdaran li al-Ma’rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir.)

Amat baik apabila kita mengadakan pameran ketamadunan umat yang lampau. Namun, tidak memadai jika pengunjung sekadar mengetahui hasil tanpa memahami di atas tapak apa mereka membina tamadun. Barangan-barangan itu datang dari jiwa bermaruah untuk mempertahankan umat dan minda yang segar kerana disiplin hidup dan harga diri.

Justeru kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya. Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh mereka. Islam itu mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka pasak. Mereka membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman.

Tokoh sejarawan Islam, Mahmud Syakir pernah membuat suatu perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya: “Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain. Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya, makanan, minuman dan lain-lain. Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh dari kefahaman sebenar.” (Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-IslamI, m.s. 3-4, cetakan: Dar al-Maktab al-Islamiy, Lebanon).

Atas nama dan prinsip Islam, tamadun Islam berjaya dibina. Itulah yang menjadikan umat dahulu gemilang dan dihormati di mata dunia. Tanpa prinsip Islam tidak mungkin dapat dibina tamadun yang berteraskan Islam. Seperti mana – barangkali – di atas semangat ‘kehantuan’ tercetusnya pameran hantu. Tanpa semangat ‘kehantuan’ itu pameran hantu tidak mungkin dapat diteruskan. Namun insan yang ingin membina tamadun, juga mungkin hantu sendiri barangkali kehairanan melihat pameran yang seperti itu.

- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah

August 7th, 2007 by globalization

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah

Antara penipuan dalam bentuk semasa adalah seperti berikut :-

1) Mengupah dan berpakat dengan rakan untuk membeli dan memuji barangan jualan sendiri di hadapan pelanggan, dengan niat untuk mempengaruhinya dan meyakinkan kebaikan barang yang dijual. Ia disebutkan pengharamannya di dalam hadis Nabi SAW :-

ولا تَنَاجَشُوا

Ertinya : dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash’" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/752)

Menurut penafsiran Ibnu Abbas ‘Najash’  adalah : "Engkau (berpakat) bayar harga barang itu lebih dari harga biasa, yang bukan sebenarnya, tetapi dengan tujuan supaya orang lain menirunya." Cara ini banyak digunakan untuk menipu orang lain. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

2)  Membeli sijil universiti bagi menunjukkan diri berkelayakan tetapi sebenarnya hanya penipuan. Ada juga yang membeli gelaran ‘Dr’ dan ‘Profesor’ bagi mendapatkan keistimewaan dan kemulian tertentu di dalam masyarakat. Ia juga adalah haram secara sepakat ulama  sudah tentu disebabkan ‘penipuan’.

3) Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume’ bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.

4)  Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.

5)  Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja. Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya.

Saya faham, bahawa adakalanya sukar untuk menolak kerana yang meminta bantuan adalah rakan baik kita atau adik beradik kita, tapi sedarlah tiada alasan untuk membantu penipuan ini. Jika yang dibantu itu berjaya kelak, pihak majikan merasa kecewa dan tetipu kerana prestasinya tidak sebagaimana tulisannya.

6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis MA atau Phd untuk kita. Ia juga satu bentuk penipuan yang memberikan kesan kepada seluruh pendapatan hasil penipuan itu. Selain orang yang mengupah, orang yang bersedia untuk diupah dan menjalankan khidmat ‘tolong buat’ ini juga dikira menipu dan pendapatannya adalah haram kerana membantu kepada perbuatan dosa.

7) Bagi para pensyarah universiti pula, meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan adlaah satu jenis penipuan. Ia tidak dianggap satu penipuan jika ditulis oleh orang awam biasa kerana ia tidak bertujuan mendapat pengiktirafan akademik. Walaubagaimanapun penulisan oleh ahli akademik pada lazimnya dinilai sebagai satu bentuk ‘prestasi peribadi’ oleh pihak universiti, ia juga membolehkannya mendapat kenaikan pangkat serta gaji setelah mendapat merit tertentu dari ‘hasil kajian’ mendalamnya. Justeru, jika hasil ini adalah hasil ciplak yang dibuat secara pintar serta berpura-pura kononnya itu adalah hasil buah fikriannya yang bijak sedangkan ia bukan darinya, ia juga adalah suatu penipuan yang diharamkan.

8) Mencipta testimoni yang mengakui kehebatan program yang dikendalikan atau barang yang dijual, sedangkan ia hanyalah rekaaan sendiri sahaja. Mungkin ramai akan terpengaruh hasil testimoni yang begitu hebat tadi padahal ianya hanyalah tiruan. Ketika itu, perniagaan orang ini menjadi hilang berkat dan haram pendapatannya.

9) Membodek para pensyarah universiti agar memberikan markah ‘kasihan’ untuk lulus. Jika terdapat sebab musabbab yang utuh untuk pemberian markah maka ia mungkin menjadi harus dan halal, walaubagaimanapun tetapi jika ia diberikan tanpa hak dan justifikasi yang boleh diterima Islam. Para pensyarah ini bakal menanggung tanggungjawab besar di akhirat kelak. Ini kerana, sijil yang dimiliki dianggap mewakili tahap kecekapan ilmu, kemampuan kajian dan minda seseorang dalam sesuatu bidang khususnya, jika pencapaian sijil itu dilakukan dengan ‘soalan bocor’, ‘curi soalan’ dan markah tanpa hak. Maka ia tidak layak memegang sijil itu, jika ia perolehi sijil itu. Semua orang kelilingnya akan tertipu dengan sijilnya itu, ia juga mungkin menyesatkan orang dengan sijilnya tadi. Awas.

10) Pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja. Menurut kefahaman saya, ujian dan peperiksaan adalah sebuah ujian kemampuan pelajar dan ujian juga buat pensyarah yang mengajar, iaitu untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, tidak dinafikan terdapat pensyarah yang bimbang peratusan gagal di kelas bimbingannya terlalu teruk, maka ia memberikan ‘soalan bocor’ , dengan itu, tahap lulus akan meingkat dan kelihatan ia pandai mengajar. Ia juga satu bentuk penipuan yang banayak berlaku samada di univeristi mahupun di sekolah. Semuanya adalah haram tanpa syak lagi.

11) Mencipta statistic palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan yang dibuat, Jika ia digunakan untuk sebarang tujuan komersial dengan upah profesional, ia adalah pendapatan haram. Jika ia dilakukan untuk menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan, ia juga adalah satu penipuan. Saya kerap mendengar, para motivator berkata : "Menurut kajian saya, begini…." Kita berharap ia adalah kajian sebenar dan bukan satu dua kes yang dijumpainya.

Ibnu Sirin pernah menjual seekor kambing, kemudian dia berkata kepada si pembelinya: ‘Saya akan menjelaskan kepadamu tentang ciri kambingku ini, iaitu kakinya cacat.’

Begitu juga al-Hassan bin Shaleh pernah menjual seorang hamba perempuan (jariyah), kemudian ia berkata kepada si pembelinya: "Dia pernah mengeluarkan darah dari hidungnya satu kali."

Walaupun hanya sekali, tetapi ‘jiwa seorang mu’min merasa tidak enak kalau tidak menyebutkan cacatnya itu, sekalipun berakibat menurunnya harga.

Justeru, eloklah kita berfikir kembali pendapatan kita, samada ia halal atau haram. Kerjaya kita samada ia datang dengan sijil dan jawatan palsu atau benar.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jaranag kenikmatan semenatar ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Rahsia Air Mata Wanita

August 7th, 2007 by globalization

Rahsia Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah
"air mata kehidupan."

Islamic Law…

August 7th, 2007 by globalization

Dalam islamic law atau undang-undang syariat Islam ada 3 jenis hukuman :

1. Hukuman hudud (untuk jenayah yang serius dan besar spt merogol ia akan direjam)
2. Hukuman ta’zir (untuk jenayah yg kurang serius dari jenayah hudud seperti rasuah, berkhianat, menipu)
3. hukuman qisas / dhiya (untuk hukuman balas spt belasah dan dipukul atau darah dibalas darah)

manakala hukuman qisas ini maknanya kalo ada org kene belasah dan dipukul maka org yg membelasah itu akan dikenakan hukuman yg setimpal iaitu dipukul dan belasah kembali spt yg dia buat pada mangsanya, begitu juga kes darah dibalas darah. Dan dhiya ini maknanya bayar gantirugi… contohnya org yang membunuh itu boleh dikecualikan hukuman bunuh balas dgn syarat membayar sejumlah gantirugi kepada keluarga mangsa bunuh .. ‘ paid to the victim’s family as part of punishment ‘
itu bergantung kepada mangsa keluarga, ia mempunyai keputusan yang dominan supaya hak mereka sama ada untuk memaafkan atau tidak memaafkan…

Dalam Islam, sifat memaafkan adalah sifat mahmudah dan sbb itu undang2 islam lebih adil dan murni.. mcm dhiya yg mana keluarga mangsa bunuh boleh maafkan pembunuh dgn mensyaratkan membayar gantirugi… dan manakala mcm merogol ia direjam setelah cukup bukti dan saksi melihat perkara itu berlaku… dan ia mesti saksi yang beriman dan terpilih.. bukannya saksi yang munafiq etc.. sbb itu undang2 islam itu terperinci.. kalo saksi tinggal solat pun maka hukuman hudud itu tidak boleh terpakai kerana tak cukup syarat…. malah Nabi pun pernah menolak pengakuan seorg muslim yg mengaku berzina krn Nabi memahami org tersebut insaf dan bertaubat… dan ia terlepas dari hukuman hudud… sbb itu dalam undang2 islam yang fleksibel dan murni mementingkan maslahat ummah.. bukan calang2 org yg boleh melaksanakan undang2 islam.. ia perlulah ada asas yg kukuh dalam alquran, sunnah, ijtihad dan masalih marsalah… dan ia mesti faham qawaid fiqhiyah melepaskan org dari hukuman lebih baik dari tersilap menjatuhkan hukuman kpd org…

Sstgh org takut dengan undang2 Islam kerana mengatakannya kejam… padahal undang2 Islam sekiranya diteliti dgn baik ia berbentuk nasihat dan pengajaran… Org barat kata potong tangan pencuri itu kejam… padahal ia bukannya potong betul, ia sekadar melumpuhkan urat saraf bagi ia tak berfungsi tangan sahaja.. itupun setelah dipastikan ia terbukti mencuri dan ada bukti barulah dipotong tangan.. potong tangan maknanya dilumpuhkan sebelah tangan sebagai pengajaran agar menggunakan nikmat tangan yg betul bukannya utk mencuri…

Dalam undang2 barat kalo mencuri dikurung dan dipenjara ia sebenarnya lagi zalim dan tidak praktikal… Islam bukannya agama yang mengurung org, ia sebenarnya mendidik org… hukuman penjara ke atas pencuri tidak akan selesai masalah… ia tetap bleh keluar dan mencuri lagi kerana tangannya masih berfungsi… kalo dalam islam mencuri dikenakan potong tangan/ dilumpuhkan tangan ia akan tetap teringat bahawa betapa pentingnya tangan sebelah lagi untuk berhenti menyalahgunakan nikmat tangan yg Allah beri… itulah sebenarnya didikan dalam Islam… kalo mengurung pencuri maknanya ia membazir wang utk beri makan di penjara, minum, pakaian, malah mendera perasaan sehingga bertahun lamanya dipenjara… ia bentuk hukuman barat yg menzalimi pencuri itu sendiri… saya rasa bentuk hukuman yg tidak islamik harus dikaji semula bagi menangani keberkesanannya bagi masyarakat yang lebih bertamadun..

Harus ditangkis sikap pesimis dan serangan pemikiran barat ‘ghazwul fikri’ dan menanamkan keyakinan semula ke atas perundangan Islam yang dikurniakan oleh tuhan kepada ummat manusia… Hanya tuhan yang lebih mengetahui bagaimana nak mendidik manusia… sbb itu ia mengurniakan Nabi dan kitab kepada manusia supaya kita jadikan panduan… Janganlah kita engkar pada perintah Allah kerana semata-mata taksub dan taqlid pada barat yang berjaya mengaburi mata dan perasaan halus manusia… Sampai bila ummat Islam nak maju kalo masih takut nak percaya pada al-quran ? Pada masa yg sama kita leka dan alpa hanyut dgn sistem barat.. dan ini menyeronokkan mereka krn berjaya menjauhkan al-quran daripada ummat Islam itu sendiri… Spttnya kita perlu fikirkan kekuatan sebenar org2 Islam itu terletak pada 2 perkara yg tidak akan sesat.. iaitu al-quran dan sunnah.. hanya dgn itu kita ummat Islam akan maju dan berjaya…

Detik Kematian

July 27th, 2007 by globalization

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid?

July 27th, 2007 by globalization

Bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid?

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?

Suara Wanita 

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim) 

Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. 

Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.

Berubah Menjadi Aurat 

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.

Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.

"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya

" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.

"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga

"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.

Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.

Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.

Entah apa yang merasuk mereka..

Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :

"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"

"siswi mana" tanya saya

"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu

Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !

Teringat Di Jordan 

Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang ‘ada rupa’ serta ’solehah’. Hmm solehahkah mereka …? 

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men ‘copy’ ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya. 

Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat  ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasyid wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.

Suara Wanita Ketika Beribadah 

Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

2) Wanita dan azan

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

فرع : صرّح في النوازل  بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . ) 

Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih’ wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath  Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato’, Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulan

Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu’, Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawabnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor yang boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma’ Az-Zawaid, 10/228  )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nasyid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.

Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya.  ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.

Sedarilah kumpulan nasyid wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.

BANTAHAN KEPADA ARTIKEL 

Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.

Hadith ini adalah seperti berikut :-

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ  يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar  r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335

Dalam riwayat lain :

عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا

ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"

Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-

1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.

2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas

"وليستا بمغنيتين" 

Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به

Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)

3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-

وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن

Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)

4) Takrif ‘Jariah’ selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-

قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ

Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)

قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ

Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )

Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma’bud :-

لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب

Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a’rab ( Awnul Ma’bud, 13/181)

Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

Sekian

http://www.zaharuddin.net/ 

29 Mei 2007

5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM

July 27th, 2007 by globalization

5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)